Tuesday 8 November 2011

Buah Jambu Batu

Jambu batu berasal dari kawasan tropika Amerika tetapi kini telah tersebar luas di seluruh kawasan tropika dan subtropika. Buahnya yang kaya dengan vrtamin C dan A digemari ramai kerana rasanya yang manis dan unik. Biasanya buah jambu ini dimakan terus sebagai buah-buahan segar. Tetapi kini buah ini juga popular kerana hasilan jusnya yang sedap dan menyegarkan. Selain dibuat jus, jambu batu boleh diproses menjadi nektar dan jem. Buah yang telah dihiris-hiris pula merupakan ramuan penting untuk rojak petis atau rojak buah-buahan. Selain membekalkan vitamin dan menghilangkan dahaga, buah jambu batu mengandungi serabut yang baik untuk membantu penghadaman dan mengelakkan daripada sembelit. Jambu batu ialah tanaman yang tahan lasak dan mudah dijaga. Tanaman ini mempunyai banyak ciri yang menarik. Pokok cantuman mula berbuah sepanjang tahun pertama atau kedua selepas ditanam. Selain itu, pokok jambu batu berbunga dan berbuah lebat hampir sepanjang tahun. Untuk mendapatkan buah yang agak besar, penjarangan bunga atau putik buah yang berlebihan perlu dilakukan.
Batang pokok jambu batu berwama hijau keperangan, kulit luarnya berkeping-keping nipis dan tanggal dari masa ke semasa menampakkan lapisan yang licin di bawahnya.






Bunga jambu batu berwama putih dan cantik oleh stamen yang banyak. Bunganya sama ada tunggal atau berkelompok 3-5 kuntum di celah daun atau di hujung ranting muda. Buah jambu batu jenis beri dan berbiji banyak. Bentuknya bulat bujur atau bak buah pir. Kini terdapat juga varieti tanpa biji. Kebanyakan jenis mempunyai kulit buah berwarna hijau kekuningan atau keputihan tetapi ada juga yang berwama ungu. Isinya berwarna putih, krim atau merah jambu. Bahagian kulit sama ada nipis atau tebal, bergantung kepada jenis. Jenis komersil berkulit tebal dan rapuh. Isinya lembut tetapi diselangi biji yang kecil dan keras.
Buah jambu batu sangat digemari oleh lalat buah. Untuk mengelakkan daripada serangan lalat buah, putik buah perlu dibalut dengan kertas surat khabar daripada peringkat awal lagi. Selain mengawal daripada serangga perosak membalut juga membaiki kualiti buah dari segi wama dan tekstur.
Jenis jambu batu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu jenis yang dimakan terus dan jenis untuk pemprosesan. Jenis yang sesuai untuk dimakan terus mempunyai isi yang tebal, tanpa biji atau berbiji sedikit rangup dan manis rasanya. Manakala jenis yang sesuai untuk diproses menjadi jus ialah yang berisi merah atau merah jambu. beraroma dan mempunyai kandungan asid dan vitamin C yang tinggi.
Varieti untuk hidangan segar yang popular masa kini ialah Kampuchea,Taiwan. Glom Sali dan Glom Too Klau. Kesemua varieti ini mempunyai biji tetapi sedikit.Jenis tanpa biji yang ditanam ialah Thai Seedless dan Bangkok Epal. Walaupun varieti tanpa biji sangat digemari pengguna, namun varieti ini menghadapi beberapa masalah, iaitu pembungaan yang tidak menentu tempoh juvenil yang lebih lama (14 – 18 bulan), peratus keguguran putik buah yang tinggi dan bentuk buah yang tidak seragam. Varieti yang sesuai untuk diproses ialah GU5, Beumont dan Burma red. Kesemuanya mempunyai isi buah yang berwarna merah dan boleh menghasilkan jus yang menarik. Jambu batu boleh dibiakkan dengan menggunakan biji benih atau secara tampang. Pokok daripada biji benih lambat berbuah dan tidak menghasilkan baka yang tulen. Pembiakan tampang, iaitu cantuman mata tunas dan tut adalah disyorkan.



Sumber: http://buahbuahan.com/2011/07/buah-jambu-batu/

No comments:

Post a Comment