Tuesday 8 November 2011

Buah Langsat, duku, duku langsat, Dokong

Langsat duku, dan duku langsat berasal dari Malaysia. Tanaman ini terdapat juga di Indonesia, Thailand dan Filipina. Walaupun agak berbeza antara satu sama lain dari segi ciri-ciri buah dan pokok, kesemuanya digolongkan dalam satu spesies, iaitu Lansium domesticum Corr. Lansium tergolong dalam famili Meliaceae bersama-sama sentul dan kecapi (Sandoricum koetjape). Kesemua buah Lansium dimanfaatkan sebagai buah-buahan segar.
Ciri khusus” Lansium sp. ialah daun-daunnya jenis majmuk, mengandungi 5-7 anak daun. Rakis daun menebal di pangkalnya.Anak-anak daun tersusun berselang, bertangkai pendek dan berbentuk elips atau obovat. Tepi anak daunnya licin tetapi berombak. Bunga dikeluarkan berjambak di dahan- dahan sekunder dan tertier (koliflori). Jambak bunganya spika, tunggal atau dalam kumpulan 2 – 5 kuntum. Panjang jambaknya 10-20 cm.
Buah langsat berbentuk bujur panjang, berkulit nipis dan bergetah putih. Panjang buahnya 3 – 4 cm. Kulit buah berwarna kuning gelap apabila masak. Isinya berjus dan berasa masam manis. Umumnya buah langsat berasa lebih masam daripada duku dan duku langsat.
Pokok langsat memanjang dan agak tirus. Batang utama mula bercabang pada ketinggian 2 – 5 m dari aras tanah. Pokok langsat terdapat hampir di seluruh Malaysia. Terdapat sejenis langsat yang jarang- jarang ditanam pada masa ini, kalau adapun hanya yang hidup dalam keadaan liar. Buahnya kecil. berbentuk bulat berkulit nipis tetapi tanpa getah. Langsat jenis ini dikenali sebagai langsat embun.
Bentuk buahnya bulat berkulit tebal dan tidak bergetah. Saiz buah duku lebih besar daripada langsat dan duku langsat, iaitu 3.5 – 5.0 cm garis pusatnya. Kulit buahnya berwama perang atau kuning keperangan apabila masak. Isinya berjus dan kebanyakannya berasa manis. tetapi ada juga jenis yang agak masam.
Pokok duku rendang, padat dan bercabang rendah (0.3 – 1.5 m) dari aras tanah. Bentuk kanopi agak bulat bujur atau bujur meiebar Kebanyakan pokok duku terdapat di negeri Johor. Daerah-daerah utama yang mengeluarkan duku ialah Pontian dan Muar.
Selain langsat dan duku, terdapat juga duku langsat dan dokong. Duku langsat banyak terdapat di Terengganu dan dikenali juga sebagai duku terengganu. Dpkong berasal dari Thailand dan kini terdapat di negeri kelantan, Terengganu dan Kedah. Ciri-ciri buah dan pokok duku langsat dan dokong adalah pertengahan, iaitu antara duku dan langsat Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis ini mempunyai rasa yang lebih enak dan lebih manis dibandingkan dengan langsat dan duku. Duku langsat mempunyai isi yang agak kering, manakala dokong mempunyai isi yang lebih berair Bentuk buahnya bujur panjang, berkulit nipis dan tidak bergetah. Pokok duku langsat mempunyai kanopi ,berbentuk bujur atau lanseolat, Cabang pertamanya pada 0.5 – 2 m dari aras tanah. Buahnya hampir bulat atau obovat. Warna buahnya kuning pucat apabila masak. Daunnya berbentuk elips obovat. Pokok dokong mempunyai ciri-ciri pokok yang hampir sama dengan duku langsat. Buah dokong berbentuk obovat dan berwarna kuning gelap apabila matarig.
Kesemua spesies Lansium berbunga dan berbuah mengikut musim dan hanya didapati sepanjang bulan-bulan tertentu, iaitu Jun hingga September dan sekali lagi pada bulan Disember hingga Februari.
Duku langsat dan dokong biasanya dijual dengan harga yang agak mahal, iaitu RM4 – RM6 sekilo, manakala duku johor dijual dengan harga RM2.50 – RM3.50 sekilo. Langsat pula dijual dengan harga yang paling murah, iartu RM2.00 – RM2.50 sekilo.

No comments:

Post a Comment