Monday 24 October 2011

Pisang


     Pisang ialah sejenis tumbuhan saka monokot yang berasal dari kawasan Asia tropika. Jenis yang liar masih terdapat di hutan.Terdapat kira-kira 70 kultivar pisang ditanam di negara ini. Kuttivar-kultivar ini mempunyai mutu pemakanan yang berbeza-beza dan umumnya boleh dikelaskan kepada pisang untuk dimakan terus dan pisang untuk dimasak atau diproses atau pisang plantain. Pisang untuk dimakan terus mempunyai isi yang manis, lembut dan beraroma harum, manakala pisang plantain umumnya mem¬punyai isi yang kering dan berkanji. Sebahagian besar kandungan buah pisang terdiri daripada karbohidrat dan air tetapi buah ini juga mengandungi vitamin A B dan C.
Pokok pisang hidup berumpun, mempunyai batang bawah tanah yangdisebut umbisi dan sistem akar serabut Batang udara disokong oleh seludang daun yang tersusun rapat dan membentuk batang palsu yang berfungsi sebagai batang. Daun pisang terbentuk di hujung batang palsu. Sebanyak 40 – 70 helai daun dihasilkan sebelum pokok berbunga. Pokok yang sihat biasanya mem-punyai 10-15 helai daun yang hijau padaperingkat buah matang. Apabila pokok hampir mengeluarkan bunga, daun yang dikeluarkan semakin kecil. Daun yang akhir sekali disebut daun bulir Daun ini jauh lebih kecil daripada daun-daun yang lain.
Jambak bunga berbentuk spika majmuk. Bunga-bunga tersusun dalam ke- lompok dan setiap kelompok diselubungi oleh satu braktea besar yang berwarna merah tua. Buku-buku di pangkal jambak mengeluarkan bunga betina dan di bahagian hujung menghasilkan bunga jantan. Buah pisang tersusun pada tandan. Kelompok buah pisang pada tandan disebut sisir Buah pisang terbentuk secara tampang, iaitu tanpa pendebungaan dan bersifat partenokarpa. Bahagian isi yang dimakan terbentuk daripada dinding ovari.
Tunas sisi yang terbentuk daripada pokok induk dikenali sebagai sulur Sulur akan membesar, berbuah dan menjadi tanaman ratun. Pokok pisang menghasilkan dua jenis sulur, iaitu sulur pedang dan sulur ain Sulur pedang berbentuk tirus dengan daun yang kecil dan tirus. Sulur ini mempunyai bahagian umbisi yang lebih besar daripada sulur ain batang yang kuat dan kadar pertumbuhan yang cergas. Sulur jenis ini sangat sesuai digunakan sebagai bahan tanaman. Sulur air pula mempunyai daun yang lebar tetapi batang serta bahagian umbisinya kecil.

No comments:

Post a Comment