Tuesday 8 November 2011

Buah Manggis

Manggis merupakan salah satu daripada buah-buahan tropika yang paling lazat dan digemari di dunia. Kalau durian diberi gelaran raja buah-buahan tropika. Manggis pula terkenal sebagai ratu buah-buahan. Tanaman ini dipercayai berasal dari Malaysia dan tergolong dalam famili Guttiferae. Pada masa ini manggis ditanam di beberapa negara Asia Tenggara seperti Thailand, Burma, Filipina, Indonesia, Sri Lanka dan Kepulauan Hindia Barat Manggis juga ditanam di negara tropika lain termasuklah Australia dan Amerika Tengah. Buah manggis mempunyai isi yang putih bersih, berjus, manis dan lazat rasanya.


Manggis ialah sejenis pokok saka yang tumbuh dengan lambat dan melalui tempoh juvenil yang lama. Pokok dewasa mencapai ketinggian 10-25 m dan garis pusat batang 25 – 35 cm. Pertumbuhan yang lambat disebabkan oleh sistem akar yang lemah, mudah rosak dan tumbuh dengan lambat Sistem akar ini terdiri daripada akartunjang yang panjang, akar sisi yang tidak begitu banyak serta ketiadaan akar rambut sepanjang peringkat awal per-tumbuhan. Pokok manggis yang ditanam daripada biji biasanya mula p0kok „ berbuah ketika berumur 8 tahun, tetapi pokok-pokokyang dijaga dengan rapi mula berbuah 5-6 tahun selepas ditanam.
Pokok cantuman boleh memendekkan tempoh juvenil hingga 2-3 tahun. Walau bagaimanapun, pertumbuhan pokok lambat dibandingkan dengan
pokok daripada biji benih. Kanopi pokok manggis padat dan berbentuk piramid.

No comments:

Post a Comment