Tuesday 8 November 2011

Buah Nanas


Nanas dipercayai berasal dari Amerika Selatan tetapi kini telah tersebar di seluruh kawasan tropika dan subtropika. Antara negara yang banyak mengeluarkan nanas ialah Hawaii, Australia. Ivory Coast Afrika Selatan, Taiwan, Filipina, Kenya, Taiwan dan Malaysia
Di Malaysia, 92% kawasan tanaman nanas diusahakan di tanah gambut iaitu di negeri Johor walaupun terdapat juga yang diusahakan di tanah mineral seperti di
Chalok Terengganu. Buah nanas yang beijus dan berasa masam manis digemari ramai sama ada untuk dimakan terus atau selepas ditinkan dalam bentuk hirisan, kiub atau sebagai koktel. Buah nanas juga boleh diproses menjadi berbagai-bagai keluaran seperti jus, sos, puri, halwa dan jem. Selain itu, buah yang segar boleh digunakan untuk masakan seperti kari, paceri dan acar. Buah nanas mengandungi enzim penghadaman bromelin yang boleh membantu penghadaman. Buah nanas yang masak kaya dengan karoteno dan kalium yang yang baik untuk kesihatan kulit dan dipercayai berguna untuk mengelakkan penyakit barah.
Nanas ialah sejenis tumbuhan herba. Isinya berwama kuning pucat berjus dan monokot dalam famili Bromeliaceae. Buah dikeluarkan di hujung batang. Di hujung buah terdapat jambul yang terdiri daripada batang yang pendek dan daun-daun kecil yang tersusun padat membentuk roset. Pokok nanas mengeluarkan dua jenis sulur, iaitu sulur udara dan sulur bumi. Sulur udara menyerupai dahan berdaun dan dikeluarkan dari tunas celah pada batang. Sulur bumi pula terbentuk dari tunas pada batang bawah.
Pokok nanas dibiakkan secara tampang menggunakan sulur udara, sulur bumi dan jambul. Untuk mendapatkan bahan tanaman yang cepat teknik penyukuan (pembahagian anak-anak pokok menjadi empat propagul) dan kultur tisu juga boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment