Tuesday 18 October 2011

Buah-buahan di Malaysia



Pada akhir pelajaran, murid dapat:

a) mengemukakan isi dengan jelas
b) membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung

Buah-buahan di Malaysia
               
Industri buah-buahan di Malaysia memainkan peranan penting dari segi ekonomi dan sosial. Buah-buahan tempatan yang paling mudah didapati ialah pisang, betik dan nenas. Buah-buahan ini tidak semestinya disukai ramai tetapi ia adalah terdapat dengan banyak, murah dan boleh diperolehi sepanjang tahun. 

          Dengan sifat-sifatnya yang luar biasa, terutama dari segi rasa yang terdapat pada buah telah menempatkan durian sebagai buah yang paling terkenal di negara kita. Selain dari itu buah-buah seperti rambutan, manggis, mangga, limau tempatan, ciku, duku, langsat, nangka dan cempedak adalah termasuk dalam senarai buah-buah yang disukai ramai.

          Buah-buahan tempatan ini boleh dibahagikan dua kumpulan yang besar iaitu buah-buahan tidak bermusim dan buah-buahan yang bermusim. Buah-buahan yang tidak bermusim ini dapat diperolehi disepanjang tahun, walaubagaimanapun pada satu-satu masa tertentu terdapat pengeluaran yang berlebih-lebihan dari masa-masa lain. Diantara jenis buah-buah yang tidak bermusim yang senang diperolehi ialah pisang, betik, nenas, jambu, belimbing, tembikai, nangka, limau manis atau bali dan termasuk beberapa jenis dari klon mangga.

          Buah-buahan yang bermusim boleh didapati sekali 
atau dua kali setahun. Musim buah-buahan utama bermula dari pertengahan Jun hingga ke pertengahan bulan Ogos. Musim buah-buahan kedua biasanya kurang jelas kerana pengeluaran hasilnya berkurangan dan biasanya terdapat dalam bulan Disember hingga Februari. Musim-musim ini juga mungkin berlaku lebih awal atau terlewat diantara satu hinggga dua bulan bergantung kepada tempat atau lokasi. Buah-buahan bermusim yang terkenal ialah durian, rambutan, duku, langsat, duku langsat dan manggis.


(Sumber : www.teknologipertanian.com)

No comments:

Post a Comment