Monday 24 October 2011

Buah Nangka


Nangka ialah sejenis buah-buahan tropika yang terdapat di Malaysia, Indonesia, Thailand, Burma, India, Bangladesh, Sri Lanka dan Filipina. Tanaman ini kebanyakannya ditanam dalam dusun campuran di sekitar rumah walaupun telah ada usaha untuk menanamnya secara komersil. Isinya manis, berjus dan biasanya dimakan terus. Buah nangka boleh juga ditinkan dan diawet sebagai buah kering. Isinya banyak mengandungi vitamin A iaitu karotena (110 mg/100 g). Bijinya mengandungi protein, lemak dan karbohidrat dan boleh dimakan setelah direbus. Buah yang muda pula boleh digulai.
Nangka ialah sejenis tumbuhan saka monoesius dalam famili Moraceae. Pokok nangka tumbuh dengan cepat dan boleh mencapai ketinggian 20 m. Kesemua bahagian tumbuhannya mengeluarkan getah berwarna putih. Tanaman ini bersifat kauliflori, iaitu mengeluarkan bunga dan buah pada batang. Bunga jantan terdapat pada jambak spika yang di keluarkan di hujung ranting yang kecil. Bunga-bunga ini kecil, tersusun padat dan dibaluti debu kuning, iaitu stamen. Bunga betina pula berbentuk kiub tiub dan tedapat pada jambak spika. Jambak dikeluarkan dalam bentuktunggal atau berpasangan pada tunas berdaun yang tumbuh pada batang utama atau sekunder. Jambak bunga betina lebih besar daripada jambak bunga jantan.
Buah nangka ialah jenis majmuk sinkarpa, iaitu terbentuk daripada anak buah atau disebut’ulas’yang banyak. Ulas atau anak buah ini terbentuk daripada karpel yang banyak dan bercantum. Klon nangka yang telah didaftar dan ditanam oleh petani ialah J29, NSI dan J31. Pokok nangka berbuah tidak begitu mengikut musim. Buahnya boleh didapati hampir sepanjang tahun tetapi kemuncak pengeluarannya ialah dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun hingga Julai dan Disember hingga Januari. Pokok nangka boleh dibiakkan dengan mudah dan klon-klon yang baik dikekalkan dengan teknik cantuman mata tunas.

Pisang


     Pisang ialah sejenis tumbuhan saka monokot yang berasal dari kawasan Asia tropika. Jenis yang liar masih terdapat di hutan.Terdapat kira-kira 70 kultivar pisang ditanam di negara ini. Kuttivar-kultivar ini mempunyai mutu pemakanan yang berbeza-beza dan umumnya boleh dikelaskan kepada pisang untuk dimakan terus dan pisang untuk dimasak atau diproses atau pisang plantain. Pisang untuk dimakan terus mempunyai isi yang manis, lembut dan beraroma harum, manakala pisang plantain umumnya mem¬punyai isi yang kering dan berkanji. Sebahagian besar kandungan buah pisang terdiri daripada karbohidrat dan air tetapi buah ini juga mengandungi vitamin A B dan C.
Pokok pisang hidup berumpun, mempunyai batang bawah tanah yangdisebut umbisi dan sistem akar serabut Batang udara disokong oleh seludang daun yang tersusun rapat dan membentuk batang palsu yang berfungsi sebagai batang. Daun pisang terbentuk di hujung batang palsu. Sebanyak 40 – 70 helai daun dihasilkan sebelum pokok berbunga. Pokok yang sihat biasanya mem-punyai 10-15 helai daun yang hijau padaperingkat buah matang. Apabila pokok hampir mengeluarkan bunga, daun yang dikeluarkan semakin kecil. Daun yang akhir sekali disebut daun bulir Daun ini jauh lebih kecil daripada daun-daun yang lain.
Jambak bunga berbentuk spika majmuk. Bunga-bunga tersusun dalam ke- lompok dan setiap kelompok diselubungi oleh satu braktea besar yang berwarna merah tua. Buku-buku di pangkal jambak mengeluarkan bunga betina dan di bahagian hujung menghasilkan bunga jantan. Buah pisang tersusun pada tandan. Kelompok buah pisang pada tandan disebut sisir Buah pisang terbentuk secara tampang, iaitu tanpa pendebungaan dan bersifat partenokarpa. Bahagian isi yang dimakan terbentuk daripada dinding ovari.
Tunas sisi yang terbentuk daripada pokok induk dikenali sebagai sulur Sulur akan membesar, berbuah dan menjadi tanaman ratun. Pokok pisang menghasilkan dua jenis sulur, iaitu sulur pedang dan sulur ain Sulur pedang berbentuk tirus dengan daun yang kecil dan tirus. Sulur ini mempunyai bahagian umbisi yang lebih besar daripada sulur ain batang yang kuat dan kadar pertumbuhan yang cergas. Sulur jenis ini sangat sesuai digunakan sebagai bahan tanaman. Sulur air pula mempunyai daun yang lebar tetapi batang serta bahagian umbisinya kecil.

Buah Rambutan


Antara buah-buàhan yang digemari di rantau ini ialah rambutan. Rambutan berasal dari Malaysia dan tergolong dalam famili Sapindaceae. Buahnya diselaputi bulu atau rerambut dan kerana itu diberi nama rambutan. Isinya berjus,beraroma dan manis rasanya. Kebanyakannya dimakan terus walaupun buah ini boleh ditinkan dan dibuat jem.
Klon yang ditanam mempunyai isi yang lekang daripada biji. Pokok yang ditanam daripada biji varieti yang tidak terpilih mempunyai isi buah yang tidak lekang, walaupun kebanyakannya manis dan berjus. Terdapat sebanyak 200 klon yang telah didaftarkan di Malaysia, kebanyakannya mempunyai buah yang berwama merah. Antara klon yang popular masa kini ialah RI34. RI56, RI6I, RI62, RI68, RI85 dan RI90. Hanya klon RI56 mempunyai kulit buah berwarna kuning dan dike- nali sebagai ‘rambutan gading’. Klon- klon lain mempunyai buah yang berwarna.

Pokok rambutan dibiakkan secara tampang dengan teknik cantuman mata tunas. Pokok cantuman mula berbuah 2′/2 tahun selepas ditanam.
Pokok rambutan berbunga dan berbuah mengikut musim. Musim buah ialah dua kali setahun, iaitu musim buah utama pada bulan Jun hingga Ogos dan sekali lagi pada bulan Disember hingga Januari. Pada musim utama, pokok rambutan berbuah lebat dan buah-buah yang bergantungan kelihatan begitu menarik sekali. Pokok rambutan cantum rendang dan bersaiz sederhana (12-25 m tinggi) dan agak padat Daun-daunnya jenis majmuk pinat mengandungi dua hingga empat pasang anak daun yang tersusun berselang pada rakis. Bunganya dikeluarkan dalam jambak di hujung ranting dan juga di sisi. Jambak bunga ini tegak tetapi bercabang-cabang. Bunganya kecil, berbulu halus dan berwama kehijauan. Bunga rambutan berseks tunggal. Pokok jantan hanya mengeluarkan bunga jantan atau staminat. Pokok rambutan yang ditanam adalah hermafrodit Pokok hermafrodit yang menjadi buah.
Buah rambutan berbentuk bulat atau lonjong sedikit Buah muda berwama hijau, tetapi yang masak berwama merah cerah atau kuning mengikut jenis. Kulitnya yang agak tebal diselaputi bulu-bulu lembut Isi yang dimakan berwarna putih jernih atau kekuningan dan lembut Bijinya bujur panjang atau elips dan berwarna perang pucat.


Tuesday 18 October 2011

Buah-buahan di Malaysia



Pada akhir pelajaran, murid dapat:

a) mengemukakan isi dengan jelas
b) membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung

Buah-buahan di Malaysia
               
Industri buah-buahan di Malaysia memainkan peranan penting dari segi ekonomi dan sosial. Buah-buahan tempatan yang paling mudah didapati ialah pisang, betik dan nenas. Buah-buahan ini tidak semestinya disukai ramai tetapi ia adalah terdapat dengan banyak, murah dan boleh diperolehi sepanjang tahun. 

          Dengan sifat-sifatnya yang luar biasa, terutama dari segi rasa yang terdapat pada buah telah menempatkan durian sebagai buah yang paling terkenal di negara kita. Selain dari itu buah-buah seperti rambutan, manggis, mangga, limau tempatan, ciku, duku, langsat, nangka dan cempedak adalah termasuk dalam senarai buah-buah yang disukai ramai.

          Buah-buahan tempatan ini boleh dibahagikan dua kumpulan yang besar iaitu buah-buahan tidak bermusim dan buah-buahan yang bermusim. Buah-buahan yang tidak bermusim ini dapat diperolehi disepanjang tahun, walaubagaimanapun pada satu-satu masa tertentu terdapat pengeluaran yang berlebih-lebihan dari masa-masa lain. Diantara jenis buah-buah yang tidak bermusim yang senang diperolehi ialah pisang, betik, nenas, jambu, belimbing, tembikai, nangka, limau manis atau bali dan termasuk beberapa jenis dari klon mangga.

          Buah-buahan yang bermusim boleh didapati sekali 
atau dua kali setahun. Musim buah-buahan utama bermula dari pertengahan Jun hingga ke pertengahan bulan Ogos. Musim buah-buahan kedua biasanya kurang jelas kerana pengeluaran hasilnya berkurangan dan biasanya terdapat dalam bulan Disember hingga Februari. Musim-musim ini juga mungkin berlaku lebih awal atau terlewat diantara satu hinggga dua bulan bergantung kepada tempat atau lokasi. Buah-buahan bermusim yang terkenal ialah durian, rambutan, duku, langsat, duku langsat dan manggis.


(Sumber : www.teknologipertanian.com)